Kerdipan bersinar putih kebiruan
Kilauan berseri seindah rembulan
=========================Mungkin ada yang pelik dengan manusia yang menggelarkan dirinya sebagai zircon ini. Walaupun, ayahanda dan bonda tercinta memberikan nama yang terbaik, KAMAROLZAMAN BIN ZAINOL ABIDIN, namun setelah dewasa, dia sengaja member gelaran zircon pada dirinya. Asalnya dia hanya menyelak helaian muka surat sebuah kamus dwibahasa inggeris melayu, entah bagimana dia terjumpa dengan satu kalimah dengan ejaan zircon yangmemberi maksud sejenis permata berwarna putih kebiruan. Dia tertarik dan hingga hari ini dia suka jika umum memanggilnya dengan panggilan zircon.
Setelah beberapa lama menggunakan panggilan ini, barulah dia mengetahui bahawa ada seorang ulama hadis yang bernama al-zirqaani. Ianya dari sudut kalimah berasala dari kalimah arab iaitu azraq yang bermaksud warna biru. Mungin ada kena mengena mengapa dalam kamus dwibahasa tersebut, zircon diberi makna sejenis permata berwarna putih kebiruan.
Dan dengan sengaja juga dia menambahkan singkatan [Mr] lantas menjadikan panggilan untuk dirinya sebagai Mr zircon.
Sebanrnya, bukanlah Mr zircon mahu memperkenalkan diri pada khalayak umum. Cuma sekadar mengisi kelapangan waktu dalam fatrah cuti musim panas ini. Berkebetulan juga, Mr zircon sudah lama mendiamkan diri di arena penulisan. Sejak meninggalkan potfolio di dalam Ahli Jawatan Kuasa Tadbir Dewan Perwakilan Mahasiswa Tanta pada sesi 2005/2006, sebagai Ketua Unit Penerangan dan Penerbitan, Mr zircon seakan-akan meninggalkan terus bidang penulisan. Cuma sesekali, Mr zircon menerima undangan untuk medeklamasikan sajak, menulis lirik lagu untuk pertandingan dan beberapa artikel untuk mengsisi bulletin rasmi persatuan. Sekadar itu. Taring Mr zircon dalam bidang penulisan seolah-olah sudah tumpul. Hanya nafsu mahu menulis itu sahaja yang berkobar. Tetapi, bila memagang pen dan kertas, idea yang asalnya bercambah dalam kepala terbang entah kemana. Mungkin kekerapan membaca seperti yang dilakukan sebelum ini kian ditinggalkan. Mr zircon hanya gemar memerhati dan bermonolog sendirian tanpa ada sebarang tinggalan kekal melaui penulisan. Bila difikirkan semula, Mr zircon berasa teramat rugi. Rugi kerana tidak dapat mengeluarkan segalanya yang terpendam di lubuk hatinya.
Kini, Mr zircon kembali untuk mengasah bakat. Walaupun sudah tidak ada wadah rasmi untuk menyampaikan apa yang dihasilkan, rasanya cukup untuk ruangan peribadi Mr zircon ini, berkongsi pengalaman dan buah fikiran untuk kita sama-sama menghayati dan mengambil manfaat. Walaupun gaya dan bentuk penulisan Mr zircon ini tidak sehebat penulis-penulis lain, namun seni dalam setiap hasil karya sesorang itu terlalu seni pula untuk difahami. Terpulang kepada siding pembaca untuk menilai. Yang baik dan bermnafaat, silakan ambil untuk dijadikan panduan dan iktibar. Yang tidak baik jadikan pendinding untuk menjauhi dari kecelaan pada diri.
Sirah Zircon….
Mungkin ramai yang tidak kenal dengan Mr zircon. Tak mengapa. Kerana Mr zircon juga tidak betah untuk dikenali. Cukuplah apa yang disampaikan menjadi ilham atau bahan gelak tawa oleh sidang pembaca.
Mr Zircon sebenarnya seorang yang berfizikal kecil. Tidak sepadan dengan sahabat-sahabat seangkatan dengannya. Bahkan adik-adik junior yang dating saban tahun seakan tidak percaya dengan umur yang dinyatakan ketika sesi taaruf. Mr zircon hanya dikenali kerana imej rocker yang sering ditampilkan setiap kali berjumpa di khalayak. Mr zircon akui bahawa, Mr zircon menggemari irama muzik rock. Seingat Mr zircon, lirik pertama yang dihafal ialah “gugurnya bunga cinta” nyanyian kumpulan ‘Laksmana’. Lagu itu juga telah diajar oleh salah seorang abang Mr zircon. Bermula dari situ, Mr zircon menggemari muzik rock. Walaupun sekadar rock cintan. Tambahan pula, waktu itu, irama nasyid agak kurang dan boleh dikatakan jarang dikemundangkan oelh mana-mana stesen tv dan radio.
Minat mr Zircon dalam irama muzik rock kian bergelora apabila abang sulung Mr zircon membeli sebuah radio dan mikrofon bersama minus one lagu-lagu rock yang popular ketika itu. Maka Mr zircon menjadi sasaran abang sulungnya untuk menyanyikan lagu-lagu tersebut. Lagu-lagu yang dinyanyikan oleh Mr zircon telah dirakam dan didengar semula. Amat kelakar. Abang sulung Mr zircon telah membawa pulang kaset yang dirakam suara Mr zircon ke tempat dia mengajar. Alasannya, mengubat rindu. Maklumlah, ketika itu abang sulung Mr zircon berkerja agak jauh dari kampong. Dan lagi, Mr zircon adalah adik kesayangan abang sulungnya.
Dari situ, kehidupan Mr zircon terus berlalu. Seakan tidak sedar, Mr zircon terus meningkat remaja. Pada umur 11 tahun, ketika bersekolah rendah ada satu pertandinagn nasyid antara rumah sukan di sekolah. Inilah peluang untuk Mr zircon menampilkan bakat vokalnya. Mr zircon masih ingat, lagu yang dibawakan bersama kumpulannya ketika itu ialah lagu “pemuda bani Tamim” nyanyian kumpulan ‘Nada Murni’. Walaupun nasyid bukan berirama rock, tapi Mr zircon telah membuktikan kehebatan vokalnya apabila kumpulan nasyidnya merangkul johan dalam pertandinagn tersebut. Lantas, ketika hari ucapan dan penyampaian hadiah, Mr zircon telah diberikan kepercayaan untuk menjadi lead vocal bagi persembahan nasyid. Lagu yang dibawakan ketika itu bertaju “Bingkisan”. Mr zircon tidak ingat siapa yang menyanyikan lagu tersebut. Dan sekali lagi, Mr zircon mendapat pujian dari cikgu-cikgu dan ibu bapa yang hadir.
Alam sekolah menengah menjengah. Mr zircon terlalu menggilai kumpulan rock yang muncul ketika itu. Pernah sekali, abah Mr zircon marah kerana mr zircon cuba menyimpan rambut panjang. Kaki seluar labuh dan berbulu.
Mungkin ada sesuatu yang akan berlaku tanpa Mr zircon menyedari. Ketika disekolah menengah, di akhir tingkatan satu, Mr zircon dilantik menjadi pengawas sekolah. Demi menjaga reputasi, Mr zircon mengorbankan “pembentukan awal” imej rocker yang dibentuk untuk dirinya. Tambah pula, abang Mr zircon ketika itu menyandang jawatan ketua pengawas di sekolah tersebut. Mr zircon akur.
Namun gelora rocker tetap membara dalam jiwa Mr zircon. Di sekolah memang orang tidak akan menjangka bahawa mr zircon adalah seorang yang berjiwa rocker. Namun, bila pulang kerumah, kaset lagu-lagu rock menjadi halwa telinganya. Mak Mr zircon kerap kali marah apabila Mr zircon memutarkan lagu dengan volume yang tinggi. Mr zircon tak pedulikan.
Umur Mr zircon 16 tahun, Mr zircon sudah mula pandai curi-curi untuk pergi ke pusat karaoke. Inilah pengalama dan kenangan yang tidak boleh dilupakan oleh Mr zircon. Lagu-lagu yang menjadi kegilaan Mr zircon ketika itu ialah lagu-lagu dari kumpulan xpdc, amuk dan def gab c. Mr zircon bangga apabila lagu-lagu yang tidak boleh dinyanyikan oleh kawan-kawan lain, Berjaya dinyanyikan dengan baik. Ada yang mengatakan gaya nyanyian Mr zircon seperti James Hetfield, vikalis kumpulan metallica. Mr zircon hanya tersenyum bila dikatakan begitu.
Usia Mr zircon beranjak keangka 17 tahun. Mr zircon akan berdepan dengan peperiksaan penting. Sijil Pelajaran Malaysia. Tanggungjawab Mr zircon kian bertambah apabila dia dipertanggungjawabkan untuk untuk menjadi Ketua Pengawas. Satu jawatan yang tidak dapat ditolak kerana ramai sahabat-sahabat Mr zircon yang layak bertukar sekolah ketika selepas peperiksaan PMR. Mr zircon akur.
Ketika di tingkatan lima ini juga Mr zircon menjawat beberapa jawatan penting dalam persatuan dan kelab. Antaranya mr zircon menjawat jawatan Pengerusi kelab hoki sekolah, pengerusi kelab seni dan kreatif, pengerusi pergerakan pengakap dan ahli lembaga KOPERASI sekolah. Alhamdulillah, Mr zircon dapat melaksanakan tugasan dengan baik. Di akhir tahun, Mr zircon dianugerahkan sebagai pelajar contoh. Satu anugerah yang tidak dapat dilupakan.
Namun, Mr zircon tidak dapat lupakan. Result peperiksaan SPM Mr zircon agak mengecewakan. Mr zircon tidak layak untuk menjejaki kaki kemana-mana university tempatan. Betapa malunya Mr zircon ketika itu. Kelebihan-kelebihan yang ada pada Mr zircon ketika itu seolah-olah tidak membantu untuk Mr zircon melangkah kaki ke university. Mr zircon terpaksa menebalkan muka setiap kali bertembung dengan guru-guru yang pernah mengajarnya.
Ketika ini, Mr zircon hanya menyerahkan nasib pada takdir. Usahanya yang terakhir ialah memohon untuk memasuki tingkatan enam. Segala urusan telah dibuat oleh rakan Mr zircon iaitu sofea nor. Dial ah yang menguruskan segalanya. Sehinggalah Mr zircon diterima masuk ke Sekolah Menengah Agama Izzuddin Syah Ipoh, Perak. Mr zircon mengambil jurusan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM). Itupun atas suruhan abahnya. Inilah kali pertama Mr zircon berjauhan. Pertama kali memasuki sekolah berasrama. Mr zircon akur. Inilah laluannya. Laluan yang tidak pernah dijangkakan.
Di sini, Mr zircon berdepan dengan pelbagai subjek yang tidak pernah dipelajari ketika di Sekolah Memengah Kebangsaan Abu Bakar Al-Baqir. Subjek, Tauhid, Tafsir, Mantiq, Hadis, Ulum Hadis dan sebagainya. Walaupun terpaksa pada awalnya, namun Mr zircon nekad. Inilah laluan yang terpaksa ditempuhi demi meneruskan masa depannya.
Masa ini juga, Mr zircon melupakan sekejap arena rockernya. Hanya sekadar mendengar lagu dari radio yang dipasang oleh pak cik driver ketika mengambil dan menghantar Mr zircon dan rakan-rakannya yang lain ketika berulang alik dari sekolah Izuddin dan Taayah. Sebetulnya, pelajar-pelajar STAM menginap di asrama Sekolah Menengah Izzudin Syah dan belajar di Sekolah Raja Perempuan Taayah. Alhamdulillah, hubungan Mr zircon dengan rakan-rakan pelajar yang lain adalah amat baik. Inilah kemanisan yang tidak dapat dilupakan oleh Mr zircon seumur hidup. Ketika inilah Mr zircon mengenali Halim, Mad Azhan, Fadhli, Anjang, Mael, Ipin, Fairos, Hafis dan yang lain. Mr zircon lebih rapat dengan Mad Azhan kerana Mr zircon berasal dari semanggol dan Mad Azhan berasal dari Taiping. Ketika cuti sekolah, Mr zircon dan Mad Azhan akan pulang bersama. Naik bas dari Ipoh dan berhenti di Pekan Taiping. Di sini juga, bermulanya tabiat lama Mr zircon. Mr zircon dan Mad Azhan melakukan “aktiviti berfaedah” bersama-sama. Tiada siapa yang tahu.
Hakikatnya, jiwa rocker Mr zircon tetap membara. Ketika cuti beginilah, Mr zircon bertemu dengan sahabat-sahabat ketika di sekolah lama. Mr zircon tetap pergi ke pusat karaoke untuk melepaskan geram. Pantang siang beranjak malam, Mr zircon akan keluar ke Semanggol, pecan kecil di daerahnya untuk bertemu dengan sahabt-sahabat lama. Mr zircon ketika itu hanya berkenderaankan basikal yang sering digunakan ketika berulang alik ketika sekolah menengah dahulu.
Sememangnya, kepulangan Mr zircon sering dinantikan oleh 3 orang sahabat karibnya iaitu Jamil, Pak Din dan Hafiz. Mereka inilah yang sering lepak bersama Mr zircon. Yang paling rapat ialah Jamil. Mr zircon dan Jamil bagaikan adik beradik. Kemana pergi mesti berdua. Mr zircon agak terkejut apabila pertama kali dipanggil ustaz man oleh kawan. Sebabnya, Mr zircon belajar jurusan agama di Sekolah Taayah. Pernah seorang kawan Mr zircon, Fadhli menjemput untuk menghadiri majlis kenduri kesyukuran dirumahnya sempena menyambut hari ulangtahun kelaiharan ayahnya. Suatu pengalaman yang tidak akan dilupakan, Mr zircon telah diminta untuk membacakan doa selamat. Berpeluh Mr zircon ketika itu. Atas desakan dan dan paksaan, Mr zircon memenuhi permintaan ayah fadhli. Yang ada bukan doa selamat, tetapi beberapa potong doa yang dihafal dan diingat oleh Mr zircon. Tambah pula ketika itu, Mr zircon hanya berseluar jeans dan bert-shirt pagoda. Merah padam Mr zircon dibuatnya.
Selepas kejadian itu, Mr zircon sering menjadi mangsa. Pantang ada kenduri atau apa-apa majlis, Mr zircon diminta untuk membaca doa. Mr zircon yang pada mulanya tidak pernah dikenali oleh keluarga kawan-kawan ketika itu mula dikenali. HubunagnMr zircon bertambah rapat dengan kawan-kawan.
Semasa bersekolah di Ipoh juga, Mr zircon mengenali dengan seorang guru yang cukup baik hati. Cikgu ini bernama Zaliha binti Md Jan. Suaminya bernama Haji Hanafi Abdullah. Cikgu Zaliha mengajar di Sekolah Taayah dan Cikgu Hanafi mengajar di Sekolah Menengah Sri Ipoh. Entah bagaimana mulanya, hubungan pelajar STAM dengan Cikgu zaliha memang rapat. Sehinggakan Cikgu Zaliha dipanggil mama dan cikgu Hanafi dipanggil papa. Mr zircon juga tidak tahu bagaimana dia boleh rapat dengan dua orang cikgu ini dan juga keluarganya. Mungkin disebabkan abang-abang senior STAM sememangnya sudah lama rapat dengan cikgu Zaliha dan keluarganya.
Alhamdulillah, Mr zircon Berjaya di dalam peperiksaan STAM dengan mendapat keputusan Jayyid. Dari itu, Mr zircon layak untuk melanjutkan pengajian ke Mesir. Di sini bermulanya perang jiwa dalam kehidupan Mr zircon. Sebetulnya, Mr zircon tidak pernah merencana untuk melanjutkan pengajiannya ke Mesir. Atas ajakan kawan-kawan, Mr zircon membulatkan tekad untuk pergi ke Mesir. Ujian pertama Mr zircon ialah, abah dan emak Mr zircon agak berat untuk melepaskan pemergian Mr zircon. Mr zircon emmujuk abah dan emak dan akhirnya, Mr zircon mendapat lampu hijau dengan syarat, mesti habiskan belajar di Mesir. Dan janji inilah yang masih belum tertunai sehingga hari ini.
Mr zircon bertekad, apapun yang terjadi, dia akan menghabis ijazah di Mesir. Biar memakan waktu yang agak lama. Air mata Mr zircon sudah kering untuk dialirkan. Manakan tidak, dia terpakasa menunggu selama dua tahun untuk melepaskan tahun satu. Dan kini, dia masih ditahun 2. Sudah 3 tahun. Mr zircon amat mengharapkan dia najah dan Berjaya melangkah ke tahun 3. Mr zircon bercita-cita untuk mengambil jurusan usuluddin syu’bah aqidah dan falsafah. Satu bidang yang diminati sejak awal dia menjejakkan kaki ke bumi Mesir ini.
Doakan kejayaan Mr zircon.
Nantikan sambungan kisah Mr zircon.
Assalamualaikum.