Sunday, June 17, 2007

"buat mereka yg ada mata hati"

Esok ibu masak bubur lagi!


Kak Long yang dirindui,
Apa khabar anak ayah di sana? Semoga sihat dan bahagia selalu. Di sini, ayah bersama ibu dan adik-adik sihat sahaja.
Cuma semalam, adik usu mengadu sakit perut - berak-berak. Agaknya, perut adik dah tak tahan - bersebu sebab sejak beberapa hari adik asyik makan maggi aje. Itu yang semalam, dan hari ni, ibu masakkan bubur. Kesian tengok adik-adik kat rumah.
Masak bubur sepot beras dapatlah, ayah dan adik-adik makan kenyang sikit dengan kicap cap kipas yang Kak Long suka tu. Itulah, yang mampu ayah sediakan untuk hidangan malam ini dan malam tadi.
Ayah tak tahu esok macamana. Mungkin ibu akan masak beras buat bubur lagi. Boleh kot, ayah ambikkan duit tabung adik usu untuk beli telur sebiji dua. Kalau goreng telur hancur dengan bubur, lainlah sikit menu daripada semalam. Harap-harap adik-adik tak akan merungut makan bubur lagi.
Kak Long,
Ayah bukan berniat nak merisaukan Kak Long yang sedang berada di asrama kini. Cuma ayah nak bagitau, kita sekarang dah tak sesenang dulu. Kalau dulu, sebulan sekali boleh kita keluar untuk selebrate apa-apa event dengan makan di luar. Tapi kini, nak makan lauk ikan atau ayam sebulan sekali pun belum pasti lagi.
Keadaan ekonomi keluarga kita sudah tak seperti dahulu. Hidup kita makin terhimpit along. Ayah tak tahu, sampai bila lagi kita mampu terus hidup di bandar KL ini. Dengan gaji ayah setelah tolak bersih duit EPF dan hutang syarikat, yang tinggal hanya sekitar RM1,800 sahaja sebulan.
Bayangkanlah Kak Long, setiap bulan kereta yang kita gunakan perlu dibayar sebanyak RM550.00, sewa rumah - RM500.00, bil-bil telefon,air dan elektrik - RM250.00, bayaran duit yuran Kak Long, adik-adik dan persekolahan - RM200.00, duit minyak kereta dan tol untuk ayah berulang kerja - RM300.00, semua ini dah mencecah genap RM1,800 (sebulan gaji ayah).
Ini tak ditambah lagi dengan duit untuk sakit pening, balik kampung, belanja dapur dan pasar, simpanan dan keperluan harian lain. Kadang untuk belanja dapur, ayah terpaksa ambik duit bayar kereta (kita dah tiga bulan duit kereta tertunggak). Pihak bank dah mula hantar surat kata nak tarik kereta. Ada sekali ayah gunakan duit yuran sekolah adik-adik untuk beli sayur dan sedikit ikan, akibatnya dua bulan yuran sekolah adik-adik tertunggak. Bil telefon pula, baru sebulan ayah tak bayar, pihak telekom dah hantar surat amaran nak potong. Memang agak susah hidup kita ini Kak Long.
Semalam, adik sakit perut ayah hanya dapat gosokkan minyak masak kat dapur pada perut adik. Selepas adik merengek sejam lebih, tertidur dia. Nak ke klinik, ayah dah tak tahu nak cari duit kat mana.Duit-duit simpanan ayah dan ibu (termasuk duit di Tabung Haji) dah diguna masa daftarkan Kak Long masuk asrama dahulu.
Minggu lepas, ayah balik kampung dengan ibu. Jumpa dengan Pak Usu, Pak Uda dan Pak Lang, cuba bawa berbincang nak minta tolong. Tapi hampa. Kata mereka, tinggal kat KL takkan susah. Itulah agaknya, mentaliti orang kampung, dan tak belajar agaknya. Susah nak terima hahikat bahawa bukan semua di bandar ini senang dan mewah seadanya. Agaknya, orang kampung susah dapat berita. Atau orang kampung hanya dapat berita yang indah sahaja kat peti televisyen dan radio.
Padahal, dalam dunia masa kini semuanya tidak seperti dahulu lagi. Dahulu kalau Kak Long ingat, duit RM50 boleh isi tangki minyak kereta agak penuh, sekarang hanya separuh aje. Duit tol dah tak sama kak long. Harga ayam setahun dua dulu dah tak sama dengan hari ini. Baru ni, harga barang-barang dapur dah naik. Makin susah. Adik Usu yang boleh makan roti canai setiap minggu dulu dah jarang dan susah nak makan (dulu RM0.50 - kini RM0.80).
Itulah, dilema ayah dan ibu kini Kak Long. Jika keadaan masih tak berubah, mungkin ayah lepas ni akan berpindah balik kampung. Rumah atuk, masih kosong. Cuma sayanglah, adik ngah yang akan periksa UPSR tahun ni akan terjejaslah pelajaran dia sebab kena pindah sekolah. Adik usu yang mula nak kenal belajar Bahasa Inggeris, akan kelam kabutlah sebab guru kesayangan Bahasa Inggeris dia bertukar rupa. Makin susahlah adik Usu nak kuasai Inggeris. Dahlah, subjek Matematik dan Sains dalam periksa pertengahan tahun tempohari dia hanya dapat 'C'. Lepas ni tak tahulah pula apa nak berlaku.
Oh ya, Kak Long mungkin tertanya-tanya apa dah jadi dengan projek jual nasi lemak dan kerepek kat pejabat ayah dulu? Ayah dan ibu dah sepakat untuk menghentikan jualan-jualan tersebut.
Pertama; setiap malam ayah dan ibu bersengkang mata sehingga jam 1 pagi untuk siapkan bahan-bahan untuk berjual nasi lemak dan esoknya terpaksa pula bangun jam 4 pagi - akibatnya Kak Long, ibu sering sakit-sakit, kesihatan ibu terjejas.
Kedua; bukan ayah nak mengata, tapi realitinya dalam dunia berniaga begitulah. Kadang-kadang ada yang membeli dengan berhutang. Dan bila berhutang tak ada pula yang membayar.Ada pula yang ambil begitu aje tanpa bagitahu, akibatnya modal hilang, dan ayah serta ibu terpaksa keluarkan modal baru setiap kali nak berjual. BUkan ayah nak menuduh semua, tetapi akibat setitik nila habis rosak susu sebelanga.
Ketiga; kenaikan harga barang mentah dah tak dapat nak ayah dan ibu untuk menampungnya. Maklumlah, bukan berniaga secara besar, hanya kecil-kecilan. Itu yang agak susah.
Maka, disebabkan itulah ayah dan ibu ambil keputusan untuk hentikan jualan kecil-kecilan itu.
Kak Long,
Ayah harap Kak Long rajin-rajinlah belajar. Berusahalah menjadi anak yang cemerlang bukan sahaja dalam pelajaran tetapi juga dalam agama. Berusahalah, jangan sia-siakan peluang yang Kak Long dapat untuk belajar di sekolah asrama tu.
Ayah harap Kak Long akan berjaya. Berjaya mencapai cita-cita untuk menjadi seorang doktor. Cuma dalam mengejar cita-cita Kak Long, ayah berharap Kak Long beringatlah. Kita kini bukan orang senang. Hidup dah tak macam dulu. Kalau Kak Long boleh berjimat, berjimatlah sehabis baik.
Ayah tahu, yuran asrama Kak Long tertunggak dua bulan. Bersabarlah. Bagitau pada cikgu, ayah akan jelaskan. Cuma bukan dalam masa terdekat ini. Insya-Allah, ayah akan cuba sedaya upaya untuk jelaskannya sebelum berakhirnya sesi persekolahan tahun ini.
Cuma selepas ini, ayah tak pasti berapa kerap lagi ayah akan mampu menulis. Bukan apa, kadang memikir, duit pos (setem Rm0.40) boleh ayah gunakan belikan dua biji telur untuk adik-adik makan tengahari bila mereka balik sekolah.
Jadi, janganlah Kak Long bersedih ok. Tabahkan hati. Ayah tahu, anak ayah seorang yang tabah, cekal dan sentiasa berusaha yang terbaik.
Dan akhir sekali, maafkan ayah kerana membebani Kak Long dengan segala kisah yang berlaku ini. Bukan apa, sebagai anak ayah yang sulung ayah rasa Kak Long berhak tahu dan wajar memahami apa yang sedang berlaku dalam keluarga ini.
Sekian, ibu dan adik-adik menyampaikan salam rindu pada Kak Long.
Wassalam.
15 Jun 2007 - 11.45 malam.


komen pemekar ayuna:
hmm, kalau ya pun you all rasa cerita ni tak betul, baca la untuk ambil iktibar.saya baca komen yang dihantar oleh mereka yang membaca "surat" ni, ada yang komen entah apa-apa. tak kira la dok kat mana pun kan, susah bukan kenal manusia tu tinggal dalam istana ka, tinggal dalam rumah banglo sepuluh tingkat ka.
baca la cerita ni untuk ambil iktibar. hayati dengan hati yang halus.
ok.

Sunday, June 10, 2007

"seruan jihad"

BERSATULAH WAHAI KAUM MUSLIMIN
DENGAN SEMANGAT DAN ROH KEBENARAN
BERJIHADLAH WAHAI KAUM MUSLIMIN
WALAU SUSAH MENEMPUH CABARAN

BERSATULAH WAHAI KAUM MUSLIMIN
DENGAN OBOR SINAR KEBAHAGIAN
BERJIHADLAH WAHAI KAUM MUSLIMIN
BIAR SYAHID ATAUPUN KEMENANGAN

BERJUANGLAH WAHAI ANSARULLLAH
DENGAN MATLAMAT DAULAH ISLAMIAH
BERKORBANLAH WAHAI YANG BERIMAN
DENGAN HARTA DAN SEGENAP KEPUNYAAN

BERGERAKLAH KEGERBANG JASA
KALAH MENANG BUKAN ALASANNYA
SUCIKANLAH NIAT DI HATI
HINGGA NYATA BENARNYA JANJI RABBI

SELAMATLAH PARTI ISLAM MELANGKAH
MEMBIMBING UMMAH KEMEDAN SIASAH
BERPEDOMANKAN AL-QURAN DAN SUNNAH
SUBURLAH HIDUPNYA DAN PASTI BERBUAH

Saturday, June 9, 2007

"lintasan rasa II"

SAYA TUJUKAN PUISI INI KHAS BUAT SAHABAT-SAHABAT YANG SAYA SAYANG DAN AMAT KASIHI. JADIKAN PUISI INI SEBAGAI PEMBAKAR SEMANGAT UNTUK KITA SAMA-SAMA MENGHARUNGI PELBAGAI MEHNAH DAN TRIBULASI DALAM MENYELUSURI JALANAN PERJUANGAN. INGATLAH, MATLAMAT UTAMA PERJUANGAN KITA ADALAH UNTUK MENDAULATKAN ISLAM SEBAGAI PENGUASA DI MUKA BUMI INI. OLEH ITU, JANGAN SESEKALI ADA RASA GERUN DAN GENTAR UNTUK BERDEPAN DENGAN MUSUH-MUSUH. BERSIAP SEDIALAH UNTUK MENDEPANI MUSUH-MUSUH ISLAM DENGAN SEGALA KELENGKAPAN. SAYA DEDIKASIKAN PUISI INI UNTUK SEMUA YANG BERGELAR…..
“PEJUANG ALLAH”

MANA HILANG MAKIN TENGGELAM
DIHANYUTKAN DERAS ARUS PUTARAN
DATANG HAMPIRI KILAUAN JANJI
ATAU PUNAH MENUSUK DI JIWA

BAGAIKAN MENEMPUHI SEMPADAN
DATARAN DAN DI DALAM
DAN GEMENTAR RASA GEMURUH DIHATI
MENGABUR PANDANGAN
KABURLAH PANDANGAN

SATU-SATUNYA LANGKAH BERUBAH
HITAM AKAN MEMUTIH SELURUHNYA
TERKABURLAH HARI-HARI
MASA BERLARI

APAKAH MASIH ADA DI SANA
WARISAN YANG TELAH DIBINA
ATAU KEMELUT MELEKAT DALAM HATI
HILANGLAH DITELAN
DITELAN HILANGLAH

WARNA MERAH MESTIKAH MARAH
MERAH MENYALA MEMBAKAR DI JIWA
JIWA TERBAKAR MERAH WARNANYA
WARNA MERAH ADALAH WARNANYA

WARNA MERAH MESTIKAH MARAH
MERAH MENYALA MEMBAKAR DI JIWA

INGIN KUHEMPAS DI BATU YANG KERAS
AGAR PUAS DIHATI
SAKITNYA MELIHAT KAU MENJERAT

KALAU DIBIAR AKAN MENJADI-JADI
SEBAK KEPALA INI
KELUHAN JERIT PEKIK TIDAK BERGUNA

TERPENDAM RASA
DAN BENGKAK DI JIWA TAK TERPERI
KAU MENGIKAT HINGGA TERIKAT JALANAN INI
MANA LANDASAN ARAH YANG DAMAI
SUATU TUJUAN

MEREKAH DAN PENUH DUKA
TENGGELAM BERLIKU
HINGGA KINI MASIH LUKA
PEDIH HIDUP AKU
WALAU SEKURUN MERONTA
MERONTA HANYA DI KATA
HINGGA TERKUBUR DI JIWA
OH KESANNYA

TERPENDAM RASA
DAN BENGKAK DI JIWA TAK TERPERI
KAU MENGIKAT HINGGA TERIKAT JALANAN INI
MANA LANDASAN ARAH KEDAMAIAN
SUATU TUJUAN
MANALAH ARAHNYA
KEMANA MENJULANG
API YANG HILANG


TERGUGUR DAUN KERING
DARI LANGIT TINGGI
KETANAH DAWAS BERGELIMPANGAN TULANG
KAU PERLUKAN AIR HUJAN
SEDANG TERIK MEMBAKAR

BEGITU HIDUP DALAM BERJUANG MENCARI
HARTA BENDA MILIKKU DI TANGAN ORANG
JANGANLAH PUTUS ASA
CARI REZEKI KITA

SETITIS AIR DIHUJUNG JARUM
JADI REZEKI SELURUH UMAT
DIBERIKAN KITA SAMA RATA SEMUA
HANYA YANG TAMAK MENDAPAT UNTUNG LABA
JANGAN JEMU BERUSAHA
SEMANGAT JADI LAMINA

BERMUSUH JANGAN SEKALI
SAHABAT HARTA YANG PENTING
SELAUT KASIH DIALAM KEKAL
JADI KURNIA BALASAN SABAR

"ikatan"

Ya Allah Engkau mengetahui hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihi-Mu, bertemu untuk mematuhi perintah-Mu, bersatu memikul beban dakwah-Mu, hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syariat-Mu, maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya.Kekalkan kemesraan antara hati-hati ini akan jalan-Nya. Penuhkan hati ini dengan cahaya Rabbani-Mu yang tidak kunjung malap.Lapangkan hati-hati ini dengan limpahan iman dan keindahan tawakkal kepada-Mu.Suburkan hati-hati ini dengan ma'rifat (pengetahuan sebenar) tentang-Mu,matikanl ah pemilik hati-hati ini sebagai para syuhada dlm perjuangan-Mu.Engkaulah sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong. Ya Allah perkenankanlah permintaan ini.''Setapak ke alam perjuangan bererti selamanya ke alam kepahitan,kemanisan hanya drasa hanya bila takbir dilaungkan.Roh jihad mula bertebaran.M'dakap ukhuwah di kejauhan.Jannnah bertapak dihati insan.Hidup dan mati dalam iringan Iman.Hebatnya sebuah keakraban..Andai dibasahi embun perjuangan...."

Friday, June 8, 2007

"untuk kak long"

PERSISMU PERMATA BERNILAI
MENJADI REBUTAN PEJUANG
KEUTUHAN YANG TERSIMPAN
DI BALIK TABIR YANG TENANG

KEAYUAN YANG TERPANCAR
DISINAR CAHAYA IMAN
ITULAH MUSLIMAH HARAPAN
MUSLIMAH HARAPAN

GERAK LANGKAHNYA YANG SOPAN
DISULAM ZIKIR DIINGATAN
KEYAKINAN YANG MENDALAM
MENJADI TAGAN PERJUANGAN

JASAD HAYATNYA DISERAHKAN
UNTUK SEBUAH PERJUANGAN
ITULAH MUSLIMAH HARAPAN

MUSLIMAH PUTERI HARAPAN
ENGKAULAH HARAPAN
MEMBELA ISLAM YANG MULIA

MUSLIMAH PUTERI HARAPAN
ENGKAULAH CAHAYA
MENJADI LAMBANG ISLAM YANG GEMILANG

PUTERI HARAPAN SERIKANDI ISLAM
TETAPLAH KAU DALAM PERJUANGAN
MENJADI SAYAP KIRI DI MEDAN
MENEGUHKAN BENTENG PERTAHAN ISLAM

GAMITAN LEKA DUNIAWI
TERSUNGKUR JAUH DI HATIMU
KAU SEMATKAN KECINTAAN YANG MENDALAM
TERHADAP TUHANMU

MARUAHMU YANG LELUHUR
DIJAGA UNTUK SUAMI TERSAYANG
KAU DIDIK GENERASI MENDATANG
UNTUK AGAMA TERCINTA

MUSLIMAH PUTERI HARAPAN
ENGKAULAH HARAPAN
MEMBELA ISLAM YANG MULIA

Syukran to "kak long"


"LINTASAN RASA"

Aku tak tahu bagimana untuk kuluahkan rasa hati ini. Terlalu sukar untuk kuterjemahkan dalam erti kata yang mampu untuk difahami oleh sesiapa sahaja yang mendengarnya. Apakan daya. Luahan ini tidak mampu malah sudah pasti tidak ada seorang pun yang bisa mengerti dan memahami apatah lagi mendengarnya. Kerana rasa hati ini masih berbolak balik di dasarnya tanpa ada suatu jalan keluar untuk mendamaikan getarannya.

Sesungguhnya aku tidak sampai hati untuk meluahkan apa yang terbuku di dalam hati ini. Terlalu berat untuk berkongsi dengan sesiapa sahaja. Dalam usia yang meningkat dewasa ini, tiada seorang pun yang boleh kujadikan tempat untuk mengadu apa sahaja persoalan yang meruntun fikiran. Sungguh, kadang kala aku tertekan. Tertekan dengan pelbagai rencah manusia sekeliling yang sukar untuk difahami.

Memang menjadi suatu didikan seni, aku tidak betah untuk melukakan hati sesiapa sahaja. Pengalaman hidup di waktu lalu menjadikan aku seorang yang berhati halus dan tidak sanggup untuk melihat orang lain terlibat sama menyelami masalah yang menimpa diriku ini. Biarlah sejuta kedukaan dan kehampaan merjah hidupku, namun untuk melibatkan orang lain bersedih di atas musibah yang menimpa ini, amat cuba untuk aku elakkan.

Ramai yang mengatakan bahawa aku seorang yang keras hati. Mungkin imej yang tertera secara zahir pada sekujur tubuhku yang lemah ini menafsirkan bahawa aku adalah seorang yang tidak mudah untuk tunduk kepada tekanan. Mungkin juga perwatakan ceria yang sering aku tampilkan apabila berhadapan dengan kelompok manusia menjadikan aku seorang yang mudah untuk didekati. Mungkin juga aku memang tidak pandai memilih bulu untuk berkawan dengans esiapa sahaja.

Haha ha ha haha ha ha ha ha
Hidup mesti mau ceria
Baru senang masuk syurga
Sedih sorang-sorang ada waktunya
Jangan la tunjuk muka selebet depan orang.
Tak gitu ka?
Ha ha ha ha ha

Alam Barzakh

YANG KURINDUKAN
AKHIRNYA BERADA DISINI
YANG KUTINGGALKAN
MENANGIS DI PINTU KUBURKU

KULIHAT MEREKA
BERBISIK SAMBIL BERDOA
AKU DI SINI
SEDANG HANYUT DALAM CAHAYA

HILANGLAH SEMUA
KETAKUTAN DAN KEBIMBANGAN
YANG ADA HANYA
KEMANISAN DAN SEJAHTERA

TAK PERLU AKU BERTANYA LAGI
SIAPAKAH DIRI INI
TAK PERLU AKU BERTANYA LAGI
APAKAH NASIBKU NANTI
DI ALAM BARZAKH

AKU BERLINDUNG
DARI API YANG MEMBAKAR
AKU BERGANTUNG
PADA TALI YANG SEJAHTERA