Friday, June 8, 2007

"LINTASAN RASA"

Aku tak tahu bagimana untuk kuluahkan rasa hati ini. Terlalu sukar untuk kuterjemahkan dalam erti kata yang mampu untuk difahami oleh sesiapa sahaja yang mendengarnya. Apakan daya. Luahan ini tidak mampu malah sudah pasti tidak ada seorang pun yang bisa mengerti dan memahami apatah lagi mendengarnya. Kerana rasa hati ini masih berbolak balik di dasarnya tanpa ada suatu jalan keluar untuk mendamaikan getarannya.

Sesungguhnya aku tidak sampai hati untuk meluahkan apa yang terbuku di dalam hati ini. Terlalu berat untuk berkongsi dengan sesiapa sahaja. Dalam usia yang meningkat dewasa ini, tiada seorang pun yang boleh kujadikan tempat untuk mengadu apa sahaja persoalan yang meruntun fikiran. Sungguh, kadang kala aku tertekan. Tertekan dengan pelbagai rencah manusia sekeliling yang sukar untuk difahami.

Memang menjadi suatu didikan seni, aku tidak betah untuk melukakan hati sesiapa sahaja. Pengalaman hidup di waktu lalu menjadikan aku seorang yang berhati halus dan tidak sanggup untuk melihat orang lain terlibat sama menyelami masalah yang menimpa diriku ini. Biarlah sejuta kedukaan dan kehampaan merjah hidupku, namun untuk melibatkan orang lain bersedih di atas musibah yang menimpa ini, amat cuba untuk aku elakkan.

Ramai yang mengatakan bahawa aku seorang yang keras hati. Mungkin imej yang tertera secara zahir pada sekujur tubuhku yang lemah ini menafsirkan bahawa aku adalah seorang yang tidak mudah untuk tunduk kepada tekanan. Mungkin juga perwatakan ceria yang sering aku tampilkan apabila berhadapan dengan kelompok manusia menjadikan aku seorang yang mudah untuk didekati. Mungkin juga aku memang tidak pandai memilih bulu untuk berkawan dengans esiapa sahaja.

Haha ha ha haha ha ha ha ha
Hidup mesti mau ceria
Baru senang masuk syurga
Sedih sorang-sorang ada waktunya
Jangan la tunjuk muka selebet depan orang.
Tak gitu ka?
Ha ha ha ha ha

No comments: